Monday 25 March 2013

Kemaafan...........

Assalamualaikum semua....



Hurmmmmm.....

Suatu ketika, pernah kah kita merasa seolah-olah ada sesuatu yang menganggu ruang fikir kita. Kita mencari-cari di mana arah punca gangguan itu. Hati kita terasa seperti berbuat silap. Tapi semakin kita mencari, semakin kusut pul ruang fikir kita. 
Pada satu saat yang lain, pernah kah kita tertanya sendiri, kenapa hati tidak tenang? Kenapa hati terasa masih lagi gelisah? Kenapa fikiran selalu saja melayang mengenangkan perkara-perkara pahit? Kenapa selalu saja rasa sendu dan duka, kadang melarat dari pagi membawa ke petang.
Kita muhasabah.... 
Mungkin kita tidak tersedar, rupanya ketika bibir laju memohon ampun, kita sendiri belum lagi menghulur maaf. Bagaimana harus ditemui ketenangan, andai masih lagi berbekas rasa. Bagaimana mesti kita diampuni, andai masih lagi belum rela melepaskan rasa dalam hati. Kita ingin Allah mengampunkan dosa kita, tetapi kita lupa memberi maaf pada mereka yang bersalah. Kita membuat mereka terluka. Terluka dengan sikap kita.
Memaafkan bukanlah mudah. Kita manusia fitrahnya sentiasa  bertemankan khilaf. Yang selalu kalah dengan ujian yang Allah beri. Yang selalu dan tak malu mengaku lemah. Sedangkan Allah terang-terangan lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.
Kita ini manusia, yang selalu bersembunyi di balik dinding bernama mangsa. Kita ini manusia, yang tidak mahu memaafkan hanya beralasan 'kita bukan nabi, kita manusia biasa'...
Kadangkalanya kita mangsa dan mengenang betapa diperlakukan dengan tidak adil, betapa diri dizalimi, betapa diri tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu, diperlakukan sebegini... lantas sukar sekali rasa hati untuk memberi sebuah kemaafan.
Mengapa boleh berlaku sedemikian? 
Ya, kerana kita sebenarnya lupa. Yang menggerakkan sesuatu itu adalah Allah. Hati manusia, seperti saya, seperti dia, seperti semua, dipegang oleh Allah. Tiada satu pun yang akan terjadi tanpa izin dariNya. Setiap sesuatu, telah dirancang Allah sebaiknya. Baik atau buruk hanyalah di mata kita, manusia yang terhijab dari segala kebaikan yang Allah telah aturkan.

Tersiratnya, andai kita fikir kita dizalimi oleh manusia, lalu enggan pula memaafkannya, maka kitalah sebenarnya yang zalim kerana sedikit sebanyak, kita ini menuduh perancangan dan gerakan Allah itu zalim. Nauzubillahiminzalik. Astagfirullah.
Sedangkan Allah, pemilik segala sesuatu di langit dan bumi, sedia mengampunkan dosa hatta setinggi gunung. Sedangkan Allah, di dalam al-Quran berkali kali menegaskan yang dia Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Sedangkan Dia, yang mahu hambaNya memohon ampun walau berkali-kali melakukan dosa.... Tapi kita, hanya hamba yang kerdil, satu antara jutaan butiran pasir manusia, seakan-akan mahu menumpang hakNya, dengan tidak bersedia memaafkan manusia kerdil lain. Siapa kita? Siapa? 
Benar, memaafkan memang tidak mudah. Memaafkan sedang hati masih berdarah kerana disakiti, memang sukar sekali. Apalagi jika yang mengkhianati tidak pernah peduli. Tidak pernah menghulur maaf. Tidak pernah menunjuk kesal. Malah seakan bergembira, seolah olah tidak pernah berlaku satu apa pun kesalahan atas bahunya.
Ingatlah, jalan ke syurga itu tidak mudah. Mahu ke syurga itu perlu diselangi dengan jerih payah. Maka, perlu apa kita mengeluh kesah?
Percayalah, bila mana memaafkan maka perlahan-lahan rasa itu pasti datang. Rasa tenang. Rasa damai. Rasa lapang. Bila mana tangan ditadah, lalu memaafkan setulus hati, dapat dirasa hati bersorak girang. Hati terasa bebas dari dendam dan amarah kerana kita tidak lagi menanigisi sesuatu yang telah terjadi.
Didiklah hati itu agar sentiasa mendoakan mereka yang telah mengkhianati kita. Walau sakitnya bagai tusukan sembilu, doakanlah kerana tidak merugi orang yang membalas kejahatan dengan kebaikan.
Sukar. Sudahlah memaafkan itu payah, lagikan pula mendoakan untuk mereka? Tapi percayalah, memberi kemaafaan itu memberi jalan tenang, memaafkan itu membuka hati semakin lapang. Mendoakan buat mereka yang menganiaya adalah kemuncaknya. Hakikatnya merekalah sebenarnya yang patut dikasihani, kerana bukan saja mereka menzalimi kita, tapi juga menzalimi diri mereka sendiri... Bukankah orang seperti itu patut didoakan?
Walaupun pada saat ini mereka menyakiti dan menzalimi diri kita, mereka dikatakan seorang yang zalim bukan sahaja ke atas diri sendiri malah ke atas diri orang lain juga. Namun, kita tidak tahu bagaimana pengakhiran sebuah kehidupan di masa akan datang antara kita dengan orang yang menzalimi kita itu. Boleh saja orang tersebut menjadi lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding diri kita sendiri. 

Andai belum pernah mendoakan yang baik-baik untuk mereka, maka pintalah. Setiap kali berdoa, pintalah kebaikan untuk mereka. Janganlah sesekali kita mendoakan keburukan buat mereka. Sebaik-baik mukmin dan 'sekuat-kuat' mukmin itu ialah dia tidak membalas kejahatan, kemarahan, kesakitan yang diberikan oleh mukmin yang lain sekalipun dia berkuasa dan berupaya untuk membalasnya.
Maka doakanlah dirinya dan jangan lupa agar istiqamah untuk mendoakan kebaikan juga buat diri kita sendiri.
# Buat yg trase hati dgn sye , sye mntk maaf sngt2....Sye bkn lah insan yg sempurna....


Saturday 23 March 2013

Jangan Buang masa lagi !!!


Roda Kehidupan
Hidup Umpama Roda. Ya memang kehidupan kita umpama roda. Kehidupan kita akan sentiasa berputar. Masa yang kita lalui akan semakin jauh meninggalkan kita. Begitu juga kehidupan kita semakin hampir ke penghujung usia kita. Oleh itu, pandulah roda kehidupan itu ke jalan yang diredhai-Nya.
Mati dan Hidup itu ujian
Mati kemestian yang akan berlaku kepada makhluk yang bernyawa. Namun, kita sebagai hamba ciptaan-Nya hanya perlu menyakini kematian itu. Kematian yang akan memisahkan kita daripada apa yang kita miliki sekarang ini. Harta, isteri, anak-anak, ibubapa, dan sahabat tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya Allah SWT mengkehendaki kematian itu.
Allah SWT berfirman;
" "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)."
(Surah al-Imran ayat 14)
Hidup ini penuh ujian. Mati dan hidup adalah ujian. Kesenangan dan kesusahan juga itu adalah ujian. Namun, sebagai hamba yang beriman kepada-Nya akan menjadikan sebarang ujian yang menimpanya sebagai wadah untuk beriman dan semakin bertakwa.
Allah SWT telah merakamkan di dalam kitabNya yang bermaksud;
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
(Surah al-Mulk ayat 2)
Dengan putaran masa yang tidak pernah lelah. Tidak menunggu bagi manusia yang leka. Oleh itu, kehidupan ini mesti kita fahami dan cuba memaknai. Memaknai erti hidup di dunia sebagai hamba Allah SWT memberi kesempatan bagi kita menuju jalan cahaya. Jalan yang dilalui oleh orang-orang beriman dan bertakwa. Mengimpikan syurga dan bertemu Sang Pencipta-Nya.
Dan firmanNya lagi;
" Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."
(Surah Adz-Zazriyat ayat 56)
Masa kita
Masa kita adalah masa yang kita alami sekarang. Masa yang lalu telah berlalu bukan miliki kita lagi. Masa yang akan datang pula belum tentu menjadi milik kita. Jadi, sangatlah rugi jika masa sekarang ini kita sia-siakan. Masa berlalu tanpa makna. Rugi dan sangat rugi.
Allah SWT berfirman yang bermaksud;
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. "
(Surah Al-Ashr ayat 1-3)
Masa kita adalah masa yang kita alami sekarang. Masa yang lalu telah berlalu bukan miliki kita lagi. Masa yang akan datang pula belum tentu menjadi milik kita. Jadi, sangatlah rugi jika masa sekarang ini kita sia-siakan. Masa berlalu tanpa makna. Rugi dan sangat rugi.

Oleh itu, manfaatkan masa kita. bukan sekadar mengungkapkan masa itu emas. Sebenarnya, masa itu lebih bernilai daripada emas. Emas boleh dicari dan dibeli jika kita mahu. Namun, masa tidak seperti itu. Masa lebih bernilai lagi.
Masa yang berlalu tidak boleh beli untuk ia kembali menjadi miliki kita. Usia kita sekarang tidak boleh dibayar untuk kita kembali muda seperti dulu.
Dalam kita memanfaatkan masa lapang, ada saja ujian mempengaruhi kita agar kita lalai menjalani kehidupan. Oleh itu, bersabarlah menghadapinya. Yakinilah, apa yang kita buat itu ada hak dan benar di sisi Allah SWT.
Maka itu, hargai masa kita!
Jangan buang masa lagi!

# hanye copy paste kerana imu saye x stinggi ilmu anda smua...

Saturday 2 March 2013

Kamu kecewa dengan SPM ...


Kawan..




 menunggu keputusan SPM sedang berlaku.Walaupun dalam keramaian masih lagi terasa sepi.Jantung berdegup kencang,tangan kesejukan dan kaki mula terketar menanda debaran makin memuncak untuk menghadapi kenyataan.Keputusan bakal diumumkan,yang menentukan nasib seorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.Melihat keadaan sekeliling, ada rakan-rakan yang kelihatan tenang,ada yang terlalu gementar.Kelihatan juga guru-guru yang sedang menunggu apa yang bakal berlaku terhadap anak-anak didik mereka.



Akhirnya keputusan mula diumumkan, kedengaran teriakan puas daripada yang berjaya.Ada pula yang kelihatan lesu melihat keputusan yang kurang memuaskan.Yang berpuas hati,tahniah kerana anda terpilih oleh Allah untuk merasa gembira.Yang dirisaukan mereka yang kurang puas hati untuk menghadapai kenyatan.Terdiam memikirkan nasib masa hadapan.Bahkan mula berfikir untuk memberitahu keluarga.



Kawan..
Jangan kalian merasa kecewa dengan apa yang dikurniakan.Mungkin Allah tidak memberi nikmatnya pada hari ini,kerana Allah hendak menguji kesabaran dan kesyukuran hambaNya.Tawakal dan reda dilaksanakan dengan ikhlas, kerana dengan keikhlasan dan takwa ada balasan yang menguntungkan.



Kawan..
Apa kamu fikir kamu insan yang terlalu lemah dan tidak mampu lagi untuk berdiri sama tinggi dengan orang lain? Ingatlah,lulus atau gagal tidak semestinya menentukan kamu itu bodoh ataupun pandai.Kamu gagal dalam SPM, tapi kamu mungkin hebat dalam perkara lain.Kadang-kadang langsung tidak dimiliki daripada orang lain.Kerana Allah itu Maha Adil,yang Adil membahagi-bahagikan nikmat.Walaupun tidak manis dimata manusia, tapi biarlah manis pada pandangan Allah.Kerana yang menilai kemudian membalasnya adalah Allah.



Kawan..
Orang berkata,"Kalau result OK, jaminlah masa depan"..langsung kita tersentap,memikirkan apa yang bakal berlaku pada diri yang gagal ini.Ingatlah,yang mengurniakan rezeki itu bukanlah sijil, tapi Allah.Janganlah kamu berputus asa kerana sesungguhnya rezeki yang ditetapkan kepadamu adalah mencukupi untukmu sekiranya kamu bersyukur.Walaupun berjaya mendapat yang cemerlang sekalipun pada sijil itu,jika rezekimu telah diberikan ketetapan olehNya dalam jumlah sedemikian.Kamu tidak dapat mengubah dengan apa-apa tangan sekalipun.Hari ini kita gagal,jangan sangka kitalah si miskin hina yang tidak dapat lagi menjalani kehidupan bahagia.Tapi ingatlah Allah Yang Maha Memberi nikmat,harta,kekayaan hati dan kelapangan dada.Maka carilah jalan yang halal dimana-mana pun kamu mampu.Kerana mungkin disitu ada rezeki yang dikurniakan untukmu.


Ingatlah wahai kawan..
Mengapa manusia wujud di dunia ini ? Apa tujuan manusia hidup di dunia ini ?


Allah berfirman,
"Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada- Ku"-(Adz Dzariyat : 56 )


Gagal dalam sesuatu hal,bukanlah beerti berakhirnya hidup ini.Bahkan ia menjadi titik permulaan untuk membina kejayaan yang baru.Janganlah kalian merasa bodoh jika ditakdirkan gagal.Sesungguhnya yang bodoh itu adalah yang tidak mengingati nikmat-nikmat Allah.Dan ingat juga wahai kawan.Hidup ini bukan sekadar berjuang di atas kertas.Sesungguhnya dunia ini hanyalah pentas ujian,untuk kamu diuji keimanan,ketaqwaan,kesabaran,kesyukuran,keikhlasan dan keredhaan.Berjaya kamu dengan ujian ini,maka Syurga itu menantimu. Insyaallah..






Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa. Hidup tanpa rasa kesyukuran menjadikan kita tidak tenang sentiasa.Maka hiduplah kamu dengan mengingati nikmatNya.Sesungguhnya hati yang mengingati Allah,hatimu akan tenang.


#  copy paste.....